Rayuan Sumbangan Untuk Keperluan Ramadhan & Aidilfitri

PERTUBUHAN PERMATA AL MAHABBAH
Anak Yatim - Fakir Miskin - Asnaf Zakat
Tel: 018-3818304 (Call/ Whatsapp)
 
 
Ruj. : PPAMNPP / 2017 / 119
Tarikh : 25 May 2017
 
Kepada,
Dato'/Datin/ Tuan/ Puan/ Encik/ Cik
 
.........................................................
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
PER: MEMOHON SUMBANGAN DANA KEBAJIKAN UNTUK RAMADHAN DAN AIDILFITRI BAGI MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN & ASNAF ZAKAT (8 GOLONGAN ZAKAT)
Pertubuhan Permata Al-Mahabbah Negeri Pulau Pinang (PPAMNPP) adalah merupakan sebuah pusat berkonsepkan kebajikan dan pendidikan yang menanungi seramai 60 anak yatim, fakir miskin, remaja insaf, anak broken family, sukarelawan sepenuh masa dan asnaf zakat. Pertubuhan Permata Al-Mahabbah Negeri Pulau Pinang bernombor pendaftaran PPM-017-07-31102013 berdaftar dibawah Suruhanjaya Pertubuhan Malaysia pada 31 Oktober 2013. Beroperasi di 3 lokasi iaitu di Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh, Taman Alma, Bukit Mertajam dan di Kampung Bagan Buaya, Changkat, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
2. Tajaan diperlukan adalah seperti berikut :
  1. Tajaan Berbuka Puasa dan Sahur
  2. Tajaan Pakaian Raya ( Pakaian, Kasut, Songkok, Tudung)
  3. Sumbangan Kewangan (zakat)

Pertanyaan / Sumbangan sila hubungi : 018-3818304 (Puan Subiha Safar)
 
Dalam masa yang juga kami memerlukan sebuah kenderaan besar seperti van untuk pengangkutan anak-anak kesekolah dan aktiviti-aktiviti.
3. Pihak kami berharap daripada pihak tuan dapat menimbangkan permohonan kami demi anak-anak istimewa ini, anak-anak adalah masa depan negara. Dan terlebih dahulu mengucapkan terima kasih diatas segala bantuan yang bakal dihulur dan moga diberkati.
 
Sumbangan Anda Membantu Menggerakkan Aktiviti Kami”
Sekian, terima kasih.
Yang berusaha;
Puan Subiha Binti Safar
 
Penolong Setiausaha PPAMNPP
 
Tel : 018-3818304 (Call/ WhatsApp)
 

Lawatan Ke Cameron Highland

Alhamdulillah....
 
Pada  20 & 21 Mei 2017 anak-anak Permata Al Mahabbah dibawa ke Cameron Highland, perjalanan ditaja oleh beberapa individu dan penempatan dan makan minum ditaja oleh Hotel Wan Alyasa.. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada penyumbang dan pemilik Hotel Wan Alyasa dan kak Maria yang sangat-sangat membantu perjalanan kami ini. dengan menyediakan bilik-bilik hotel yang sangat selesa unutk anak-anak.
 
Kepada anda yang membaca blog ini, jika hendak ke Cameron Highland saya cadangkan menginap di Wan Alyasa Hotel

Tiba di Hotel Wan Alyasa, Cameron Highland

Anak2 Bersalaman dengan pemilik hotel

 


Makan Tengahhari di kantin Hotel Wan Alyasa, Cameron Highland
 


Pihak Hotel Wan Alyasa Menjamu anak-anak makan malam
lawatan ke ladang strawberry
ladang strawberry


YZ agro farm


Ladang The
 

 


Ladang Teh

Pertubuhan Permata Al-Mahabbah Negeri Pulau Pinang



Pertubuhan Permata Al-Mahabbah Negeri Pulau Pinang (PPAMNPP) yang bernombor pendaftaran PPM-017-07-31102013 adalah satu Pertubuhan yang didaftarkan bagi menaungi 2 rumah kebajikan iaitu Rumah Jagaan Harapan Al-Mahabbah dan Rumah Permata Kasih.

Dengan hasil gabungan 2 nama rumah kebajikan ini disatukan pertubuhan ini dinamakan Pertubuhan Permata Al-Mahabbah Negeri Pulau Pinang. Gabungan ini dihasilkan bagi memudahkan dan melancarkan pengurusan Pusat Kebajikan dan Pendidikan di bawah naungan pertubuhan ini.


Rumah Jagaan Harapan Al-Mahabbah



Rumah Jagaan Harapan Al-Mahabbah adalah Pusat Kebajikan dan Pendidikan yang menaungi anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan asnaf Zakat.

Rumah Jagaan Harapan Al-Mahabbah ini bernaung dibawah Pertubuhan Permata Al-Mahabbah Negeri Pulau Pinang, RJHAM ini menaungi anak-anak lelaki seramai 30 orang.

Assalamualaikum

Assalamualaikum dan salam sejhatera