Rayuan Sumbangan Untuk Keperluan Ramadhan & Aidilfitri

PERTUBUHAN PERMATA AL MAHABBAH
Anak Yatim - Fakir Miskin - Asnaf Zakat
Tel: 018-3818304 (Call/ Whatsapp)
 
 
Ruj. : PPAMNPP / 2017 / 119
Tarikh : 25 May 2017
 
Kepada,
Dato'/Datin/ Tuan/ Puan/ Encik/ Cik
 
.........................................................
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
PER: MEMOHON SUMBANGAN DANA KEBAJIKAN UNTUK RAMADHAN DAN AIDILFITRI BAGI MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN & ASNAF ZAKAT (8 GOLONGAN ZAKAT)
Pertubuhan Permata Al-Mahabbah Negeri Pulau Pinang (PPAMNPP) adalah merupakan sebuah pusat berkonsepkan kebajikan dan pendidikan yang menanungi seramai 60 anak yatim, fakir miskin, remaja insaf, anak broken family, sukarelawan sepenuh masa dan asnaf zakat. Pertubuhan Permata Al-Mahabbah Negeri Pulau Pinang bernombor pendaftaran PPM-017-07-31102013 berdaftar dibawah Suruhanjaya Pertubuhan Malaysia pada 31 Oktober 2013. Beroperasi di 3 lokasi iaitu di Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh, Taman Alma, Bukit Mertajam dan di Kampung Bagan Buaya, Changkat, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
2. Tajaan diperlukan adalah seperti berikut :
  1. Tajaan Berbuka Puasa dan Sahur
  2. Tajaan Pakaian Raya ( Pakaian, Kasut, Songkok, Tudung)
  3. Sumbangan Kewangan (zakat)

Pertanyaan / Sumbangan sila hubungi : 018-3818304 (Puan Subiha Safar)
 
Dalam masa yang juga kami memerlukan sebuah kenderaan besar seperti van untuk pengangkutan anak-anak kesekolah dan aktiviti-aktiviti.
3. Pihak kami berharap daripada pihak tuan dapat menimbangkan permohonan kami demi anak-anak istimewa ini, anak-anak adalah masa depan negara. Dan terlebih dahulu mengucapkan terima kasih diatas segala bantuan yang bakal dihulur dan moga diberkati.
 
Sumbangan Anda Membantu Menggerakkan Aktiviti Kami”
Sekian, terima kasih.
Yang berusaha;
Puan Subiha Binti Safar
 
Penolong Setiausaha PPAMNPP
 
Tel : 018-3818304 (Call/ WhatsApp)