RUMAH
JAGAAN HARAPAN AL- MAHABBAH (RJHAM)
Adalah sebuah
asrama, rumah kebajikan dan pendidikan yang menaungi golongan fakir
miskin,anak yatim dan golongan asnaf(yang layak menerima zakat).
RJHA
menjaga anak-anak lelaki dan remaja berumur antara 13-16 tahun
seramai 30 orang dan
dikendalikan oleh 10 orang sukarelawan sepenuh
masa..Berada di bawah naungan Pertubuhan Permata Al-Mahabbah Negeri Pulau Pinang.
Wajar dibendung kehidupan
anak-anak ini dalam lingkungan kasih sayang,didikan agama dan
pendidikan yang secukupnya kerana mereka adalah pelapis generasi
yang ada. Rosak mereka rosaklah bangsa.
MATLAMAT
- Untuk melahirkan kanak-kanak dan remaja model yang takut dan cintakan Tuhan
- Membina peribadi anak-anak yang hasil mencintai Tuhan mereka dapat berkasih sayang sesama manusia dan berupaya menyelamatkan diri ,keluarga dan masyarakat sekitar
- Untuk melahirkan generasi solafusoleh yang berjuang dan berkorban untuk agama,bangsa dan Negara
- Membina generasi pelapis yang menjadi aset berguna kepada agama , bangsa dan Negara
AKTIVITI
DAN PERKHIDMATAN
- Membela anak yatim,fakir miskin,ibu tunggal warga emas, orang kurang upaya(OKU), golongan teraniaya dan golongan yang layak menerima zakat
- Mengadakan kelas-kelas fardhu ain, motivasi, khidmat kaunseling untuk dewasa dan kanak-kanak
- Menjadi pusat mengumpul keperluan asas untuk disalurkan kepada golongan anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, warga emas, OKU dan asnaf zakat.
- Latihan kebudayaan untuk membentuk team persembahan seperti nasyid dan teater dikalangan mereka untuk dipersembahkan kepada umum sebagai saluran menyampaikan mesej ketuhanan