Pertubuhan Permata Al-Mahabbah Negeri Pulau Pinang



Pertubuhan Permata Al-Mahabbah Negeri Pulau Pinang (PPAMNPP) yang bernombor pendaftaran PPM-017-07-31102013 adalah satu Pertubuhan yang didaftarkan bagi menaungi 2 rumah kebajikan iaitu Rumah Jagaan Harapan Al-Mahabbah dan Rumah Permata Kasih.

Dengan hasil gabungan 2 nama rumah kebajikan ini disatukan pertubuhan ini dinamakan Pertubuhan Permata Al-Mahabbah Negeri Pulau Pinang. Gabungan ini dihasilkan bagi memudahkan dan melancarkan pengurusan Pusat Kebajikan dan Pendidikan di bawah naungan pertubuhan ini.